[Verse 1]
Kau mahu yang panas
Ku mahu yang berais
Sudahnya kita menyalah
Bagaimana?
Kau mahu yang baru
Yang antik pula ku mahu
Jelasnya berbeza pilihan hati kita
Engkau kisahkah?
[Chorus]
Mencari satu garis
Persamaan di antara diri kita
[Verse 2]
Merahkah birumu?
Bulatkah segitiga aku?
Pandang-pandanglah dengan sebelah mata
Mana yang terampuh?
Dosaku kan mengujimu
Dugaan buatku terima lemahmu
Senget sikit sana, kuit sikit sini
Hingga cantik
[Chorus]
Mencari satu garis
Persamaan di antara diri kita
Dan kiranya itu bukan
Satu garis persamaan
Kitakan damai
[Bridge]
Kita hanyalah rangkaian kecil
Jadi penyambung ke rangkaian besar
Pasti ada
Ada hati insan yang kau sentuh
Telah menjadi luka
Pasti jua ada kau sentuh yang bahagia
[Verse 3]
Merahkah warnanya yang kau lihat biru?
Sempurnakah bulatnya pada segitigaku
Cuba pandang-pandang dgn sebelah mata
Mana yang terampuh
[Chorus]
Mencari satu garis
Persamaan di antara diri kita
Dan kiranya, ditemukan
Satu garis persamaan
Kitakan damai
[Outro]
Dosaku kan mengujimu
Dugaan buatku terima lemahmu
Senget sikit sana, kuit sikit sini
Hingga jadi cantik
Sampai cantik