[Verse 1]
Aku menerima segalanya tentang dia
Dengan berlapang dada, dengan ketulusan rasa
Kerana aku percaya setiap dari kita tak terlepas dari palitan dosa
[Chorus]
Terima kasih kerana menasihatiku, sahabatku yang sejati
Pandanganmu ku hargai
Namun sekali ini
Izinkanlah daku memilih jalanku sendiri
Biar hitam masa silamnya ku terima dengan ketulusan rasa
Bagiku setiap manusia punyai hak diberikan kesempatan
Kedua

[Outro]
Memandu dirinya, semua amanah
Moga denganku dia berubah, oh
Tentang dia dengan ketulusan rasa
Bagiku setiap manusia punyai hak diberikan kesempatan
Sahabat setia, andaiku kecewa
Aku redha
Kerana telah berusaha